penghijrahan....

11:33 PM Edit This 0 Comments »
SALAM MAAL HIJRAH 1433H....

alhmdllh artis2 kt Malaysia nie de yg dh dpt hidayah(petunjuk) utk berubah m'jadi lbh baek....
antaranya ialah.....
  

kumpulan Ruffedge+Ve+Innuendo------->Kumpulan Al-Mawlid


"Selama ini kami memang berkawan antara satu lain, namun kali ini kami dipertemukan dan bersatu melalui sebuah kelas agama yang telah dihadiri sejak beberapa tahun yang lalu.

"Apabila sering bertemu di kelas agama, kami telah berbincang tentang pendekatan yang lebih sesuai dilakukan memandangkan minat terhadap muzik itu masih ada dan akhirnya tertubuhlah sebuah kumpulan nasyid yang diberi nama Al Mawlid," ujarnya.

Menurut Amer, ketika ini ahli kumpulan nasyid tersebut dianggotai oleh tujuh orang termasuk Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo), Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge), tetapi buat masa ini cuma mereka berlima yang akan bergerak secara aktif terlebih dahulu.Ujarnya, sejak beberapa tahun yang lalu, mereka semua mengikuti kelas agama yang dibimbing oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid pada setiap hari Jumaat di Surau Al Hidayah, AU3 Keramat dan hari Ahad di Madras Annur, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.Ditanya tentang pengajian kelas agama yang diikuti mereka, Amer menjelaskan, mereka mempelajari ilmu Talaqi yang merangkumi empat bidang pengajian iaitu ilmu Tauhid, Tasauf, Hadis dan Feqah.

"Boleh dikatakan cara pembelajaran kami di kelas agama ini adalah lebih cara tradisional iaitu mempelajari ilmu agama menerusi kitab dan akan dibimbing oleh seorang guru agama," ujarnya.
Mengenai nama kumpulan pula, mereka sepakat untuk dikenali dengan nama Al Mawlid yang bermaksud kelahiran Rasulullah dan ia merupakan satu simbolik kepada kelahiran semula mereka dalam bidang nyanyian menerusi wadah perjuangan yang baru.

Di sebalik penghijrahan yang dilalui oleh setiap anggota kumpulan nasyid Al Mawlid ini, sebenarnya masing-masing mempunyai kisah tersendiri dalam usaha untuk mencari erti kehidupan yang lebih bermakna.

Bagi Amir, dirinya mula terdetik untuk berubah apabila dia berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang diri Rasulullah yang juga dikenali sebagai kekasih Allah."Dalam usaha untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai peribadi Nabi Muhammad, saya banyak membaca buku-buku berkenaan baginda. Kemudian timbul perasaan kagum terhadap pujian ke atas baginda yang berjuang menegakkan syiar Islam."Sebenarnya saya sudah ada keinginan untuk berubah semenjak bersama kumpulan Ruffedge lagi, tetapi tetap bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berubah dan sekarang ini saya akan pastikan solat saya cukup lima waktu serta mahu menjadi seorang manusia yang lebih baik," ujarnya.

Sementara itu, Zaf yang turut berkongsi cerita tentang perubahan yang dilaluinya memberitahu bahawa sejak belum berkahwin lagi dia sudah merasakan kekosongan di dalam hatinya.Kemudian dia cuba untuk mengubah cara kehidupannya dengan mendekatkan dirinya dengan Allah, tetapi mengakui bahawa pada masa itu dia berbuat demikian hanya semata-mata kerana mahu mendirikan rumah tangga."Tidak lama selepas saya berkahwin, akhirnya saya mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan VE. Bagaimanapun, apa yang menghairankan, saya terus berasa kekosongan di dalam hati."Walaupun terus diberikan rezeki oleh Allah, saya cuba untuk mencari jawapan terhadap kekosongan yang dialami dan pada masa yang sama saya berusaha untuk mendalami ilmu agama," jelasnya.Tambahnya lagi, hanya pada tahun lalu dia telah dipertemukan dengan Amir setelah kedua-duanya terserempak di sebuah masjid di Taman Tun Dr. Ismail setelah empat tahun tidak berjumpa.Ujarnya, pada pertemuan yang tidak disangka itu, Amir telah menggunakan peluang yang ada untuk menceritakan perubahan yang dialami serta mengajaknya untuk mengikuti kelas agama yang dihadirinya.
"Sememangnya saya merasa agak sebak juga dengan apa yang diceritakan oleh Amir tentang pengalaman yang dilaluinya dan kemudian saya bersetuju untuk sama-sama menyertai kelas agama tersebut sehingga sekarang," ujarnya

Menurut Zaf, dia mengakui sekarang telah menjalani kehidupan yang lebih tenang dan bahagia serta sudah menemui jawapan sebenar tentang kekosongan hatinya selama ini.

Berbanding dengan kisah Amir dan Zaf, seorang lagi anggota Al Mawlid iaitu Azan menyatakan detik perubahan terhadap dirinya mula berlaku setelah melalui kegagalan dalam kerjayanya.
"Akhirnya mula timbul kesedaran dalam diri untuk berubah kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah meneruskan kehidupan. Saya anggap kegagalan yang dilalui itu sebagai muhasabah diri untuk mendekatkan diri kepada Allah," ujarnya.
*from kosmo*

DIANA AMIR....     








IRMA HASMIE...
~semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dr Allah untuk menjadi hamba-Nya lebih baik dr sekarang,hidup dirahmati oleh-Nya...aminnnn~
Salam.....